Terbuka China: Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke separuh akhir
BEREGU profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dalam aksi straight set 23-21,21-16, Terbuka China di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga terikat 21-21, namun kelebihan memihak kepada wakil negara yang beraksi dengan lebih kemas untuk menang 23-21.
Momentum itu diteruskan pasangan suami isteri dalam set kedua dengan percaturan wakil tuan rumah yang serba tidak menjadi memudahkan Soon Huat-Shevon mengambil kesempatan untuk menang 21-16 dalam tempoh 34 minit perlawanan.
Satu lagi wakil dari China, Cheng Xing-Zhang Chi, yang berada di kedudukan ke-22 dunia bakal menjadi lawan wakil negara dalam aksi separuh akhir esok. - Stadium Astro/ Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!