Cuaca ekstrem: Rakyat diminta rujuk MetMalaysia, elak kawasan berisiko

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelak ke kawasan berisiko bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang bahaya. Foto Bernama
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelak ke kawasan berisiko bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang bahaya. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan rakyat di negara ini supaya sentiasa merujuk kepada ramalan dan amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ekoran keadaan cuaca yang ekstrem serta tidak menentu sedang melanda ketika ini.

Menurut beliau, selain itu orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelak ke kawasan berisiko bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang bahaya.

"Kita minta semua rakyat ambil perhatian kepada ramalan dan amaran yang diberikan oleh METMalaysia dimana mereka (rakyat) boleh akses secara langsung maklumat di laman sesawang yang disediadakan.

"Aktiviti berkhemah di kawasan berisiko seperti kawasan pinggiran sungai dan cerun bukit juga perlu dielakkan dalam keadaan cauca sekarang," katanya semasa sidang akbhar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau melakukan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor di sini.

Menurut beliau, diharap semua rakyat dapat mematuhi ramalan serta amaran yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Dalam perkembangan sama, Nik Nazmi memberitahu sistem amaran di negara ini sentiasa berfungsi dengan baik terutama melibatkan kawasan berisiko.

Ujarnya, oleh itu orang ramai diminta sentiasa peka terhadap amaran serta perubahan cuaca yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, menurut METMalaysia Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula November ini.

Sinar Harian Online melaporkan fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini yang berterusan sehingga November depan.

Fasa tersebut menyaksikan negara bakal menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!