Turkiye cari penyelesaian isu pendatang, konflik dalaman dengan Syria

Hakan Fidan. - Foto: AFP
Hakan Fidan. - Foto: AFP
A
A
A

ANKARA - Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan membincangkan isu normalisasi dengan Syria dan krisis pendatang semasa membuat lawatan di Meja Editor ibu pejabat agensi berita Anadolu di Ankara, hari ini.

Hakan mengingatkan kesediaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk bertemu dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi membincangkan dengan rejim Assad yang dilakukan dalam pelbagai format khususnya melalui perantara Rusia dan Iran.

Beliau menjelaskan sejak 2017, perjanjian Format Astana dan tentera Turkiye dengan Rusia telah mengakibatkan konflik baharu dengan rejim Assad serta penentangnya.

Beliau menegaskan bahawa tempoh bertenang ini memberi peluang untuk mengambil langkah menuju resolusi tetap, jika semua pihak terlibat.

Turkiye sedang mencari rangka kerja politik yang boleh dipersetujui rejim Assad dan penentangnya, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

"Apabila ia dicapai, kami tidak akan menghadapi masalah lagi,"katanya.

Mengenai normalisasi dengan Syria, menteri luar itu menegaskan bahawa isu-isu tertentu mesti ditangani terlebih dahulu.

Beliau memetik mengenai isu sejumlah besar pendatang Syria di luar negara dan masalah rejim Assad dengan rakyatnya sendiri serta penentangnya yang telah mencetuskan jutaan pelarian keluar dari negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, lebih tiga juta pelarian telah tiba di Turkiye dan lima juta lagi tinggi di kawasan Syria di luar kawalan rejim yang disokong Ankara dan sekutunya.

"Sekiranya kami tidak mewujudkan kehadiran kami di Syria, tambahan lima juta orang akan datang ke Turkiye," katanya.

Hakan menegaskan kehadiran Turkiye di Syria bertujuan menstabilkan keadaan bagi sebilangan besar rakyatnya yang masih berasa tidak selamat di bawah rejim itu.

Menteri luar itu mengulangi komitmen Turkiye untuk mencegah peningkatan dan mengelakkan konflik lebih lanjut dan mengurangkan aliran pendatang selain memerangi keganasan. - Agensi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!