Pelajar mati lemas di kawasan air terjun di Sarikei

Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan. Foto hiasan
Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan. Foto hiasan
A
A
A

SIBU - Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan, Ulu Bayong, Ulu Sarikei, kira-kira 100 kilometer (km), dari sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superintenden Aswandy Anis berkata, pelajar Sekolah Tinggi Sarikei itu, Alex Lau Hui Ping, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Sarikei.

Katanya, mangsa bersama tiga rakan sekolahnya telah datang ke air terjun tersebut untuk menjalankan kajian pada jam 11 pagi dan selepas menyelesaikan kerja, mangsa kemudian terjun untuk mandi dan terus tenggelam.

"Rakan mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang berhampiran untuk mendapatkan bantuan pada sekitar pukul 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata seramai 12 anggota Pasukan Bomba Sukarela dari Lubok Lemba, Ulu Sarikei melakukan selaman pada kedalaman tiga meter di lokasi kejadian sebelum menemukan mayat mangsa.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!