Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
JOHOR BAHRU - Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz selamat dengan pasangannya, Luqman Long selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat.
Pernikahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dengan pasangannya yang merupakan bekas Ketua Penerangan Muda berlangsung dalam majlis sederhana di Eco Palladium di sini.
"Saya bernikah para jam 10 pagi tadi dengan dihadiri keluarga dan rakan rapat sahaja. Insya-ALLAH esok resepsi.
"Kami kenal sudah lama sejak dari zaman belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, Muda dalam hantaran media sosial parti berkenaan mengucapkan tahniah atas pernikahan tersebut.
"Kami mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia, diberkati dengan kasih sayang, keharmonian, serta kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Selamat menempuh fasa baru. Salam ikhlas daripada seluruh keluarga besar Muda," tulisnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!