UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak

Seorang budak lelaki duduk di atas serpihan selepas pengeboman Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
Seorang budak lelaki duduk di atas serpihan selepas pengeboman Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
A
A
A

NEW YORK - Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Chaiban memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara.

Skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara. Foto Xinhua
Skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara. Foto Xinhua

Jumlah keseluruhan individu yang terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 kepada 1.9 juta orang.

Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian politik yang dirundingkan, yang mengutamakan hak dan kesejahteraan kanak-kanak. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!