PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM250,000 di Tumpat

Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 200,000 batang rokok putih bernilai RM264,000 dalam dua serbuan berasingan di Tumpat menerusi Op Taring Warisan pada Jumaat.
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 200,000 batang rokok putih bernilai RM264,000 dalam dua serbuan berasingan di Tumpat menerusi Op Taring Warisan pada Jumaat.
A
A
A

TUMPAT - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 200,000 batang rokok putih bernilai RM264,000 dalam dua serbuan berasingan di sini menerusi Op Taring Warisan pada Jumaat.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Cherang Melintang di sini sekitar jam 12 tengah malam pada Jumaat pihaknya menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi dalam keadaan mencurigakan.

"Setelah menyedari kehadiran kami, suspek yang merupakan seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan terbabit di tepi jalan.

Pacuan empat roda yang dinaiki penyeludup terbabas ke tepi jalan di Kampung Pok Keral, Tumpat.
Pacuan empat roda yang dinaiki penyeludup terbabas ke tepi jalan di Kampung Pok Keral, Tumpat.

"Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 100,000 batang rokok putih yang dianggarkan bernilai RM134,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi dalam keadan mencurigakan sekitar jam 1 pagi di Kampung Pok Keral, di sini pada Jumaat.

Ujarnya, bagaimanapun kenderaan tersebut terbabas ke tepi jalan sebelum seorang lelaki bertindak melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Serbuan pertama di Kampung Cherang Melintang di Tumpat sekitar jam 12 tengah malam pada Jumaat menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi dalam keadaan mencurigakan.
Serbuan pertama di Kampung Cherang Melintang di Tumpat sekitar jam 12 tengah malam pada Jumaat menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi dalam keadaan mencurigakan.

Nik Ros Azhan memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas pacuan empat roda terbabit menemui 100,000 batang rokok putih dengan nilaian RM130,000.

Beliau berkata, kedua-dua kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

"Kesemua barangan rampasan diserahkan ke Kompeni Markas Taktikel (Komtak) Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya," katanya.

PGA patahkan cubaan seludup beras, petrol

Dalam pada itu diRANTAU PANJANG, PGA Briged Bakti mematahkan cubaan menyeludup beras serta petrol dalam dua kejadian berasingan di sini semasa Op Taring Warisan pada Jumaat.

Nik Ros Azhan berkata, serbuan pertama dilakukan oleh Batalion 8 PGA di pangkalan haram Tanjung Baru Meranti, Jeram Perdah di sini sekitar jam 7 pagi selepas pihaknya melihat sekumpulan lelaki berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi terbabit kesemua penyeludup bertindak melarikan diri ke negara jiran dan meninggalkan 300 kilogram (kg) beras bernilai RM1,536.

"Kita percaya beras ini dibawa dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras dan barangan rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

"Serbuan kedua pula pada jam 12 tengah hari dilakukan oleh anggota Batalion 9 PGA selepas ternampak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Mat Roji Kampung Terusan di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, semasa anggota tiba di lokasi kesemua penyeludup bertindak melarikan diri dan meninggalkan 20 liter minyak petrol yang tidak sempat dibawa ke negara jiran.

Ujarnya, nilai rampasan ialah RM250 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala barangan rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!