Dr Mahathir raikan Imran Khan pada majlis makan tengah hari

Dr Mahathir (tiga dari kanan) dan Dr Siti Hasmah (tiga dari kiri) bersama Imran Khan (empat dari kiri) pada jamuan makan tengah hari bersempena lawatan kerja Perdana Menteri Pakistan itu di Perdana Putra hari ini.- Foto: Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini meraikan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Yang turut hadir pada jamuan itu ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Viu Keong.

Imran Khan yang tiba di Malaysia malam tadi dalam rangka lawatan kerja ke negara ini selama dua hari.

Ini adalah lawatan kedua bekas bintang kriket itu ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018. Lawatan pertamanya pada November 2018.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Imran Khan mengadakan pertemuan di Perdana Putra di sini bagi membincangkan kerjasama dua hala yang sedia wujud antara Malaysia dan Pakistan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!