Mayat Putri Jimar ditemui tersangkut pada dahan kayu

Mayat mangsa ditemui dan dibawa naik ke darat di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas, Tawau.
Mayat mangsa ditemui dan dibawa naik ke darat di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai akhirnya ditemui tersangkut pada dahan kayu di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas, di sini.

Mayat Putri Jimar ditemui sekitar jam 8 pagi iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan hanyut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa ditemui ketika operasi pencarian dilakukan.

"Mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung yang melakukan pencarian di sungai tersebut pada jam 8 pagi tadi.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tersangkut pada dahan kayu dan mayat dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum itu, Champin berkata, menurut maklumat ibu mangsa, kanak-kanak itu telah mengekorinya dari belakang ketika dia dan seorang lagi anaknya menyeberang sungai tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!