Polis ambil keterangan lelaki hina Islam

Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat. Foto hiasan
Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

KEMAMAN - Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap agama Islam pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis berkaitan penularan komen berbaur penghinaan oleh pemilik akaun Facebook bernama Lau Peter Lau di media sosial sejak Rabu lepas.

"Pemilik akaun Facebook tersebut dikenal pasti dan sudah dipanggil ke balai polis semalam untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum).

"Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Tambah beliau, polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya menyentuh sebarang isu sensitiviti melibatkan perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.

"Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan balai polis berhampiran," ujarnya.

Pada Rabu lepas, satu tangkap layar telah tular yang memaparkan komen bertulis berbaur menghina agama Islam oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Lau Peter Lau di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!