Johor mula siasat GISBH - Exco Agama

Mohd Fared. Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor yang memaklumkan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini telah dimulakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Mohd Fared. Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor yang memaklumkan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini telah dimulakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini telah dimulakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, siasatan berkenaan juga akan dilakukan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan negeri memandang berat dakwaan melibatkan pertubuhan berkenaan yang timbul sejak kebelakangan ini.

"Tujuannya adalah untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Mohd Fared menggesa orang awam termasuk ahli-ahli pertubuhan itu sendiri menyaluarkan aduan atau maklumat yang relevan bagi membantu siasatan.

Tegasnya, MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Pada Jumaat, Mohd Fared memaklumkan sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH di negeri ini hanya akan diputuskan selepas kajian mengenainya dilakukan.

Katanya, fatwa hanya boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pihaknya memaklumkan tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan pertubuhan tersebut di negeri ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!