Soon Huat-Shevon cemerlang ke final Terbuka China

Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua badminton Terbuka China. Foto Bernama
Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua badminton Terbuka China. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan langkah cemerlang apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka China pada Sabtu.

Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pasangan suami isteri itu menewaskan wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi 21-18 21-18 dalam tempoh 51 minit.

Mereka akan bertemu sama ada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah -Gloria Emanuelle Widjaja di perlawanan akhir pada Ahad.

Sebelum ini, di peringkat suku akhir, Soon Huat-Shavon turut menumpaskan wakil China di ranking kedua dunia Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada Jumaat.

Dua lagi wakil negara akan turun ke gelanggang petang ini untuk mencari slot ke final iaitu beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang akan berdepan gandingan Indonesia Shohibul Fikri-Daniel Marthin.

Selain itu, satu lagi pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan menentang He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!