Isteri kedua CEO GISBH antara ditahan di Kelantan
KOTA BHARU - Warga emas, kanak-kanak dan bayi antara puluhan individu yang ditahan menerusi Op Global selepas kediaman mereka di Kampung Panji, di sini, diserbu pada Sabtu.
Kesemua yang ditahan pada jam 9.30 pagi itu masing-masing berusia enam bulan sehingga 70-an itu dibawa menggunakan tiga van polis dan satu van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ke pusat saringan.
Pada masa sama, isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Holdings Sdn Bhd turut ditahan dalam serbuan tersebut.
Kesemua mereka adalah antara individu yang ditemui di dalam tiga rumah terbabit yang menjadi penempatan mereka.
Menerusi Op Global berkenaan juga, polis merampas puluhan buku yang ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman terbabit.
Operasi itu disertai JKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!