PM umum peruntukan RM13 juta untuk Kedah

Anwar berbual dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Kedah,di sini, pada Sabtu.
Anwar berbual dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Kedah,di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.

Beliau memaklumkan, sebanyak RM10 juta adalah peruntukan untuk sumbangan dan pembersihan di Kedah.

Anwar memaklumkan, sebanyak RM3 juta lagi adalah peruntukan khas pembaikan infrastruktur pasca banjir di daerah Kota Setar.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.Gambar fail Bernama
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.Gambar fail Bernama

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pemantauan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan supaya projek tebatan banjir tidak alami kelewatan.

"Apabila ada projek berjalan siap, ia boleh sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit (banjir),"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!