KBS hargai usaha Mydin dalam pembangunan sukan

Adam dan Ahimmat (tengah) ketika membuat flag off peserta program Fun Run Festival OHMYDIN! di Mydin MITC, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
Adam dan Ahimmat (tengah) ketika membuat flag off peserta program Fun Run Festival OHMYDIN! di Mydin MITC, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Belia dan Sukan menghargai sumbangan berterusan Mydin dalam memastikan pembangunan sukan di negara ini khususnya di peringkat akar umbi sentiasa bergerak lancar.

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, dengan adanya sokongan berterusan badan korporat dapat memastikan lapangan sukan negara terus berkembang baik dan gandingan bersama-sama pihak kerajaan dalam memberikan manfaat kepada rakyat.

"Acara larian pada pagi ini membuktikan bagaimana Mydin komited terhadap usaha pembudayaan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya mengharapkan usaha seperti ini dapat diperluaskan dalam pelbagai bentuk kegiatan kecergasan yang lain melibatkan lebih ramai penyertaan, " katanya ketika berucap di program Fun Run Festival OHMYDIN! di Mydin MITC, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.

Ahimmat (empat, kiri) dan Adam (sebelah) bergambar kenangan selepas pelepasan peserta.
Ahimmat (empat, kiri) dan Adam (sebelah) bergambar kenangan selepas pelepasan peserta.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ahimmat Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Penolong Penguasa Bomba Zon Melaka Tengah,Amrizal Abdul Jalil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, selain bermatlamatkan kecergasan dan penjagaan kesihatan, program itu turut mengutamakan keperluan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

"Diharap Mydin dapat menganjurkan program sebegini dengan lebih kerap dan berusaha bersama-sama kementerian itu untuk meningkatkan tahap penglibatan sukan dalam kalangan rakyat di negara ini," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahimmat berkata, program seumpama ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakank-rakan strategik Kempen Festival OHMYDIN!

"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyatakat khususnya pelanggan setia kami yang telah banyak menyokong kita selama ini," ujarnya.

Larian sejauh 6.7 kilometer (KM) yang disertai lebih 1,000 peserta sempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-67 tahun pada tahun ini di mana peserta turut diberikan goodies selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!