Henti cabar PN, fokus tugas PM - Hilman

Hilman
Hilman
A
A
A

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim tidak perlu gusar kedudukannya tergugat jika mempunyai sokongan majoriti mencukupi.

Calon Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham berkata, sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya memfokuskan isu pentadbiran berbanding melontarkan cabaran kepada Perikatan Nasional (PN) berkenaan undi tidak percaya.

"Beliau berulang kali melontar cabaran itu, pada saya jika beliau yakin mempunyai majoriti cukup maka tidak perlu berulang kali kemuka cabaran kepada PN.

"Beliau sepatutnya beri fokus sepenuhnya tugas sebagai PM untuk selesai isu rakyat. Hari ini masih ramai rakyat susah, tidak mendapat pembelaan disebabkan pelbagai polisi dan dasar yang tidak membantu rakyat," katanya pada, Sabtu.

Beliau ditemui di sidang akhbar Majlis Pengumuman Calon Armada Bersatu di Hotel Armada di sini pada Sabtu.

Muhamad Hilman berkata demikian mengulas Anwar yang mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini.

Anwar semasa berucap di Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Jumaat berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau untuk 'turun' daripada jawatannya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berikrar hanya akan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui saluran demokrasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!