SKMM pantau kandungan parodi libatkan GISBH

SKMM giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISBH termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat. Gambar hiasan
SKMM giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISBH termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat. Gambar hiasan
A
A
A

KULAI - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sehubungan itu pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching

"Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama kita meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), polis dan lain-lain.

"Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi Jendela fasa satu di Felda Inas di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan masyarakat menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Baru-baru ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian sejumlah masyarakat di negara ini. - brnama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!