Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itu bagi Sandakan, Sabah merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!