Polis Melaka selamatkan 15 kanak-kanak di rumah ahli GISBH

Sebahagian agensi penguat kuasa yang menyertai operasi serbuan di Krubong Perdana di sini, pada Sabtu.
Sebahagian agensi penguat kuasa yang menyertai operasi serbuan di Krubong Perdana di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Polis menyelamatkan 15 lagi kanak-kanak dan menahan enam individu dewasa termasuk tiga wanita dan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di rumah ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kuala Sungai Baru, pada petang Sabtu.

Serbuan yang dilakukan lebih kurang jam 2 hingga 3 petang itu dipercayai susulan tangkapan ahli kumpulan di tiga daerah negeri ini beberapa jam sebelum serbuan kedua.

Difahamkan kesemua kanak-kanak yang diselamatkan dan mereka yang ditahan ditemui dalam tiga premis berbeza termasuk dua rumah dipercayai milik ahli GISBH di Taman Ayer Molek Perdana, Masjid Tanah.

Dipercayai 15 kanak-kanak yang diselamatkan itu termasuk sembilan lelaki dan enam perempuan.

Malah serbuan di sebuah limbungan kapal di Kampung Nelayan Kuala Linggi turut membawa penahahan dua lagi lelaki untuk membantu siasatan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Polis Melaka membuat serbuan di lebih 15 premis milik rangkaian GISBH di tiga daerah negeri ini sejak awal pagi tadi.

Serbuan bermula jam 7 pagi itu dipercayai telah menahan 24 individu termasuk 19 kanak-kanak di sebuah kediaman disyaki milik salah seorang ahli kumpulan GISBH di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Turut ditahan dua lelaki dan tiga wanita selain polis turut menyerbu rumah amal pertubuhan, restoran, kedai langsir, pasar mini, kedai bakeri selain sebuah kilang memproses kuetiau di kawasan Serkam serta sebuah pejabat pengurusan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun serbuan yang dilakukan telah dikosongkan termasuk dua buah banglo yang dijadikan rumah amal pertubuhan itu di Krubong Perdana.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!