Dikeluarkan bukan alasan Mbappe tinggalkan PSG

Tuchel (kiri), berkata sesuatu kepada Mbappe sejurus pemain berkenaan dikeluarkan pada perlawanan berkenaan -Foto Reuters
Tuchel (kiri), berkata sesuatu kepada Mbappe sejurus pemain berkenaan dikeluarkan pada perlawanan berkenaan -Foto Reuters
A
A
A

JURULATIH Paris St Germain, Thomas Tuchel tidak merasakan Kylian Mbappe menggunakan alasan tidak berpuas hati akibat dikeluarkan pada aksi berdepan Montpellier baru-baru ini sebagai alasan untuk meninggalkan kelab berkenaan.

Tuchel berkata, biarpun bintang Perancis itu kelihatan agak marah kerana dikeluarkan pada minit ke-68, ketika PSG sedang mendahului 5-0, namun dia (Tuchel) percaya alasan itu tidak akan digunakan pemain berkenaan.

Apatah lagi menurutnya, pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan perpindahannya menyertai gergasi La Liga, Real Madrid hasil pendedahan daripada pengendalinya, Zinedine Zidane.

“Saya tak fikir Mbappe akan gunakan situasi ini sebagai alasan untuknya meninggalkan kelab ini.

“Dia salah seorang pemain kami. Dia ada kontrak. Saya yang buat keputusan (keluarkan Mbappe) dan ia adalah tugas jurulatih,” katanya.

Tuchel membuat keputusan menggantikan Mbappe dengan Mauro Icardi pada minit ke-68, ketika PSG sedang mendahului Montpellier 5-0 di Le Parc des Princes.

Sementara itu, Tuchel berkata, dia tidak menjangkakan insiden berkenaan khususnya konfrontasi antara dirinya dan Mbappe bakal menjadi permulaan kepada pengakhiran karier pemain itu di Paris.

Katanya, yang menjadi masalah adalah apabila ada kamera, penyokong, wartawan dan orang ramai bercakap mengenai perkara berkenaan berbanding banyak lagi perkara positif yang boleh diperkatakan.

Artikel Berkaitan:

“Saya dah bercakap dengan pengarah sukan Leo (Leonardo) selepas perlawanan. Tetapi ia (percakapan) adalah ‘hanya’ antara kami.

“Sebenarnya tiada apa yang peribadi antara kami (Tuchel, Mbappe). Ia hanyalah perkara antara seorang pemain yang tidak mahu dikeluarkan dan seorang jurulatih yang memiliki sebab untuk berbuat demikian kerana memiliki pemain di bangku simpanan yang perlu dan layak untuk beraksi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!