Tapir jatuh parit diselamatkan

Penduduk di Kampung Kubang Bakong gempar apabila seekor tapir ditemui terjatuh ke dalam parit air pada Sabtu.
Penduduk di Kampung Kubang Bakong gempar apabila seekor tapir ditemui terjatuh ke dalam parit air pada Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk di Kampung Kubang Bakong di sini gempar apabila seekor tapir ditemui terjatuh ke dalam parit pada Sabtu.

Haiwan liar terbabit dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran kampung tersebut.

Kehadiran tapir itu disedari oleh penduduk sekitar jam 10 pagi dan menyaksikan mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat haiwan liar itu termasuk merakam video.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemunculan tapir tersebut.

Katanya, haiwan liar terbabit telah diselamatkan kemudian dipindahkan oleh anggota Perhilitan ke habitat asal yang lebih selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!