Dalang utama sindiket 'counter setting' diberkas

Individu yang merupakan suspek utama dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara ditahan SPRM.
Individu yang merupakan suspek utama dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara ditahan SPRM.
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang merupakan suspek utama dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek merupakan lelaki warga tempatan dipercayai dalang sindiket yang menggunakan modus operandi 'counter setting' itu sebelum ini ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

"Suspek berumur lingkungan 40-an ini kemudiannya direman pada Khamis sehingga 23 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Seremban.

"Suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi KLIA1 dan KLIA2," katanya pada Sabtu.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Pejabat SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes yang turut disiasat oleh SPRM Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jelas Alias, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Ahad untuk permohonan reman.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seramai 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa bersekongkol dalam kegiatan 'counter setting' di pintu negara ditahan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Ops Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lalu.

Katanya lagi, daripada jumlah 50 pegawai penguat kuasa yang ditahan, seramai 49 orang adalah pegawai JIM dan seorang lagi merupakan anggota wanita daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat sarjan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!