Pereka dalaman dibunuh: Warga emas antara tiga individu diberkas

Seorang pereka dalaman maut ditikam 20 kali selepas disyaki terlibat pergaduhan dengan seorang individu yang belum dikenal pasti di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara.
Seorang pereka dalaman maut ditikam 20 kali selepas disyaki terlibat pergaduhan dengan seorang individu yang belum dikenal pasti di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara.
A
A
A

PETALING JAYA - Warga emas antara tiga individu ditahan pada Sabtu dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang pereka dalaman di sebuah pangsapuri dekat Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara,15 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan susulan kejadian kemudiannya membawa kepada tangkapan tiga lelaki berumur antara 50 hingga 61 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian.

"Siasatan mendapati ketika kejadian suspek memecah masuk rumah mangsa dan berlaku pergelutan setelah mangsa balik sebelum menyedari suspek memecah masuk rumahnya.

"Pihak polis percaya bahawa salah seorang daripada ketiga suspek diberkas ini adalah pelaku jenayah tersebut dan yakin kes ini dapat diselesaikan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek memiliki pelbagai rekod lampau.

"Kesemua suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian pada 16 September lalu melaporkan seorang pereka dalaman maut ditikam 20 kali selepas disyaki terlibat pergaduhan dengan seorang individu yang belum dikenal pasti di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, dekat sini kira-kira pukul 11 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!