Pahang lancar jenama Pahang Gold

Wan Rosdy ketika dalam ucapan perasmian Pahang Gold.
Wan Rosdy ketika dalam ucapan perasmian Pahang Gold.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pahang mengorak langkah menerusi pelancaran jenama Pahang Gold dalam usaha meneroka pembuatan produk hiliran emas serta merancakkan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelancaran jenama menerusi Pahang Gold Sdn Bhd itu sebagai langkah permulaan untuk menceburi pasaran emas di Malaysia.

Menurutnya, sebagai pemain baharu, Pahang Gold komited untuk memperkenalkan produk emas berkualiti tinggi serta mengukuhkan nama negeri itu sebagai pengeluar emas terkemuka.

“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk ‘’Merakyatkan Industri Emas’’ melalui penubuhan Pahang Gold bagi tujuan penerokaan baharu dalam industri hiliran emas.

"Ia sekali gus membuka peluang dalam sektor pembuatan dan pelaburan berasaskan sumber mineral emas,” kata beliau dalam ucapan perasmian di Hotel Everly Putrajaya sempena Persidangan S-GLC Pahang 2024 di sini pada Sabtu.

Ujarnya lagi, industri emas telah lama menjadi sebahagian daripada identiti dan kekayaan Pahang.

Jelasnya, dengan pelancaran jenama tersebut ia merupakan langkah ke arah era baru yang menjanjikan potensi besar.

“Syarikat ini bukan sahaja akan memacu ekonomi negeri, tetapi juga membuka peluang pekerjaan serta menambah nilai kepada produk emas tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap Pahang Gold akan menjadi simbol kebanggaan negeri dan peneraju dalam industri emas negara,” katanya.

Dalam majlis sama, laman web e-dagang rasmi Pahang Gold iaitu www.pahanggold.com turut diperkenalkan yang akan menjadi platform utama untuk pembelian dan pelaburan produk emas secara dalam talian.

Kewujudan laman web itu memudahkan pelanggan untuk memiliki emas berkualiti tinggi dari Pahang.

Untuk permulaan, Pahang Gold Sdn Bhd memperkenalkan tiga jenis koleksi emas iaitu Initial Edition, Core Collection dan Pahang

Series yang divariasikan daripada berat emas 0.25 gram hingga ke 100 gram berupa bentuk jongkong emas; syiling emas; wafer dan dinar Pahang Gold.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!