Padah bawa lori lebih muatan, kejar komisen

JPJ Selangor akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan ke atas kenderaan perdagangan dari masa ke masa.
JPJ Selangor akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan ke atas kenderaan perdagangan dari masa ke masa.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pemandu lori membawa barangan lebih muatan dengan alasan mengejar trip dan komisen tinggi memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa dalam operasi kenderaan barangan pada Jumaat.

Operasi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor itu dijalankan di Jalan Aman Perdana, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Paip, Meru dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi memfokuskan pemeriksaan menyeluruh kenderaan perkhidmatan barangan terutama lori membawa muatan pembinaan yang melibatkan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, antara kesalahan lain dikesan adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada lesen kenderaan perdagangan, cukai jalan tamat tempoh dan pelbagai kesalahan lain.

Lori membawa barangan diperiksa bagi menentukan berat muatan yang dibawa.
Lori membawa barangan diperiksa bagi menentukan berat muatan yang dibawa.

"Sebanyak 59 buah lori diperiksa dalam operasi ini dan sebanyak 14 buah lori lagi ditimbang bagi menentukan berat muatan yang dibawa.

"Membawa melebihi muatan antara kesalahan paling tinggi dikesan diikuti kesalahan teknikal, kesalahan melibatkan lesen memandu dan beberapa kesalahan lain," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 76 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Artikel Berkaitan:

"JPJ Selangor akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan ke atas kenderaan perdagangan dari masa ke masa.

"Pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!