Warga asing disyaki lakukan amang seksual, larikan budak perempuan ditahan

Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta di sebuah rumah di Jalan Piasau, Miri, Jumaat lepas. Gambar hiasan
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta di sebuah rumah di Jalan Piasau, Miri, Jumaat lepas. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki melarikan dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ketika kejadian kira-kira 11 malam itu, kanak-kanak warga tempatan berkenaan sedang bermain bersama beberapa rakan berhampiran tempat kerja bapanya.

"Bapa mangsa kemudian menyedari anaknya dilarikan seorang lelaki sebelum melaporkan hal itu kepada pihak polis.

"Suspek ditangkap tidak lama selepas itu dan didapati memiliki bahan lucah serta tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, lelaki berumur 35 tahun itu direman tujuh hari hingga 29 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 363 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!