Bunga Raya 7s wanita negara pamer kekuatan mental di Hangzhou

Aksi pemain Bunga Raya 7s wanita negara ketika berusaha mengekang kemaraan pemain Jepun dalam saingan Kumpulan D Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di padang ragbi Hangzhou Normal University, China pada Sabtu.
Aksi pemain Bunga Raya 7s wanita negara ketika berusaha mengekang kemaraan pemain Jepun dalam saingan Kumpulan D Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di padang ragbi Hangzhou Normal University, China pada Sabtu.
A
A
A

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara mempamerkan kekuatan mental yang tinggi ketika menyingkap saingan Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di China pada Sabtu.

Itu rumusan pengendali pasukan ragbi 7s wanita negara, Mohd Faiz Samsukhidir selepas menyaksikan skuad Bunga Raya 7s mengharungi perlawanan Kumpulan D.

“Secara keseluruhan persembahan pemain-pemain wanita negara menunjukkan peningkatan dari segi kekuatan mental terutama semasa perlawanan terakhir menentang UAE.

“Saingan hari pertama skuad Bunga Raya 7s negara berjaya mencapai sasaran untuk berada di kedudukan ketiga Kumpulan D.

“Bagi saingan esok (Ahad), saya berharap pemain-pemain dapat meningkatkan lagi prestasi bagi merealisasikan sasaran pasukan di Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024,” katanya pada Sabtu.

Skuad Bunga Raya 7s membuka kempen Kumpulan D dengan saingan sengit ketika berdepan Hong Kong sebelum tewas, 5-29 di padang ragbi Hangzhou Normal University.

Perlawanan kedua anak buah Mohd Faiz berdepan jagoan Asia, Jepun dalam aksi yang menyaksikan pengalaman memihak kepada pasukan negara matahari terbit itu apabila skuad negara tunduk 0-60.

Bagaimanapun dalam perlawanan terakhir kumpulan, anak buah Mohd Faiz menampilkan karakter melawan tinggi apabila berjaya menjinakkan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 17-5.

Artikel Berkaitan:

Skuad Bunga Raya 7s negara akan berdepan Singapura bagi aksi separuh akhir Kategori Plate (penentuan tempat kelima kelapan) pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!