Prestasi Bunga Raya 7s lelaki negara masih boleh ditambah baik

Skuad Bunga Raya 7s lelaki negara ketika menentang Jepun dalam aksi Kumpulan B Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di China pada Sabtu.
Skuad Bunga Raya 7s lelaki negara ketika menentang Jepun dalam aksi Kumpulan B Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di China pada Sabtu.
A
A
A

PENGENDALI skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man optimis penambahbaikan berterusan pilihan terbaik dalam membentuk pasukan Bunga Raya 7s lebih berdaya saing pada masa depan.

“Realistiknya, prestasi keseluruhan pasukan hari ini masih boleh ditambah baik dari segi latihan intensif kecergasan, suaian fizikal.

“Siri pendedahan perlawanan ujian berterusan juga secara tidak langsung dapat membentuk karakter bagi menyesuaikan diri bermain di tahap intensiti tinggi.

“Kejuaraan Ragbi Asia Tujuh Sebelah ini juga merupakan penanda aras dalam membentuk pasukan terbaik bagi cabaran Sukan SEA 2025 dan Sukan Asia 2026. Ini adalah target utama pasukan,” katanya pada Sabtu.

Skuad Bunga Raya 7s lelaki negara membuka kempen Kumpulan B Siri Kedua Kejuaraan Ragbi Asia 7s Hangzhou 2024 di China pada Sabtu dengan perlawanan pertama akur kelebihan milik gergasi Asia, Jepun apabila tewas 12-40.

Perlawanan kedua skuad negara cuba bangkit memberi saingan, namun sekali lagi terpaksa akur kelebihan dimiliki tuan rumah China apabila tewas 0-35 sebelum menutup cabaran kumpulan dengan kekalahan 7-22 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Skuad Bunga Raya 7s negara akan berdepan Singapura bagi aksi separuh akhir Kategori Plate (penentuan tempat kelima kelapan) pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!