Perak FC lakar kemenangan pertama di laman sendiri
PERAK FC akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Kemenangan itu membolehkan Perak memanjat naik ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan, hanya empat mata di belakang pasukan ketiga Terengganu FC.
Pada pertembungan malam ini, gol kemenangan skuad bimbingan, Yusri Che Lah itu dijaringkan oleh pemain import Luka Milunovic pada minit ke-62 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Di babak kedua, KL City memperoleh peluang keemasan namun penjaga gol Perak, Muhammad Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan percubaan Brendan Gan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!