Polis terus bongkar kegiatan GISBH, rampas buku, risalah berkaitan Al-Arqam

Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISBH dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri hari ini, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.

Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bahru, Kelantan selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak daripada dirampas pihak berkuasa.

Bukti tersebut diperoleh menerusi serbuan di sebuah penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di kampung itu yang menempatkan tiga buah rumah dipercayai dihuni 30 orang termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak.

Di Melaka pula, ratusan buku dan barangan berkaitan ajaran sesat itu turut ditemukan dalam serbuan dilakukan ke atas 19 premis berkaitan GISB termasuk 12 keping gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, 138 buku berkaitan Al-Arqam dan jadual Zikir Aurad Muhammadiyah.

Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISBH dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama
Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISBH dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama

Sementara itu Op Global pada Sabtu memasuki fasa keempat dengan gerak gempur bagi mengesan saki baki anggota kumpulan yang mengeksploitasi kanak-kanak dan agama itu diperhebat hampir di seluruh negeri di Semenanjung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil serbuan di 82 premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan GISBH, polis menahan seramai 155 orang serta menyelamatkan mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita.

Artikel Berkaitan:

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH dan 588 mangsa berjaya diselamatkan.

Razarudin berkata, setakat ini tujuh suspek berjaya dituduh di mahkamah dengan 29 pertuduhan manakala mangsa berusia 18 tahun ke atas diserahkan kepada waris dan mangsa bawah 18 tahun diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Isu GISB turut mendapat perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita dengan kegiatan jenayah membabitkan syarikat tersebut dan rangkaiannya.

Sultan Selangor turut menzahirkan kekesalan serta rasa kecewa kerana dilaporkan terdapat beberapa premis GISBH di negeri itu beroperasi tanpa berdaftar serta berlanjutan untuk tempoh lama dan menitahkan agar premis berkenaan ditutup segera selain tidak dibenarkan beroperasi.

Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISBH dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama
Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISBH dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula berkata, negeri itu hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISBH sebagai sesat sekiranya menyamai organisasi Al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini dan hal itu memerlukan siasatan lanjut serta bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Pada masa sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan kononnya persatuan itu bersekongkol melindungi ahli kumpulan GISBH selain mengamalkan ajaran sesat.

PPIM dalam kenyataan pada Sabtu menjelaskan persatuan itu tidak pernah mengetahui sebarang isu dalam GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram sehinggalah perkara tersebut didedahkan baru-baru ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!