Pemandu lari tinggal PATI dalam kereta

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kereta jenis Proton Exora menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Senor di Pasir Mas pada Sabtu.
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kereta jenis Proton Exora menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Senor di Pasir Mas pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kereta jenis Proton Exora menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Senor di sini pada Sabtu.

Serbuan jam 2 petang itu membawa kepada penahanan tujuh PATI Myanmar yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid bagaimanapun berkata, suspek yang bertindak membawa PATI itu berjaya melarikan diri dan gagal dikesan.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut mendapati terdapat tujuh warga Myanmar dan kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua suspek dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui Thailand menggunakan jalan yang tidak diwarta," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka telah diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!