Manchester United patut boleh makan Crystal Palace

Ten Hag
Ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengakui gembira apabila The Red Devils berjaya mengekang Crystal Palace untuk keputusan terikat tanpa jaringan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Selhurst Park.

Namun di sebalik itu bekas pengendali kelab Liga Belanda, Ajax Amsterdam tersebut juga mengeluh apabila deretan peluang untuk membawa pulang tiga mata dipersiakan pemain pasukan pelawat.

Skuad ten Hag tampil dengan reputasi tinggi ke laman The Eagles kendalian

Oliver Glasner selepas kemenangan liga 3-0 ke atas Southampton disusuli kejayaan membelasah Barnsley 7-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga.

Namun dominasi separuh masa pertama pasukan pelawat gagal diterjemahkan dalam bentuk peluang termasuk dua peluang secara berturut-turut daripada Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes.

“Apabila kami tidak menang, saya tidak berpuas hati, kami sepatutnya menang.

"Kami boleh makan mereka hidup-hidup separuh masa pertama dengan satu atau dua gol.

"Separuh masa kedua permainan lebih seimbang. Pengakhirannya kami kehilangan dua mata disebabkan separuh masa pertama tetapi perkara paling penting ialah kami tidak kalah perlawanan ini,” ujar Ten Hag.

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu menyaksikan Manchester United berada di tangga ke-11 dengan tujuh mata, hasil dua kemenangan selepas mengharungi lima perlawanan.

Sementara itu, Ten Hag menyifatkan rekod bersih penjaga gol Andre Onana, yang melakukan penyelamatan berganda menakjubkan pada separuh masa kedua, sebagai positif.

"Persembahan menakjubkan yang sukar dipercayai, Andre sangat meledak, dua kali dalam satu aksi.

"Kita semua lihat betapa bagusnya dia sekarang. Reaksinya sangat baik dan begitu pantas terutama pada separuh masa kedua," kata ten Hag.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!