GISBH: Polis Selangor kongsi maklumat dengan JAIS, MAIS

Hussein (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada Ahad.
Hussein (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam perkongsian maklumat berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerjasama itu telah dilaksanakan sejak awal lagi.

"Ini merupakan satu pasukan khas bersepadu di peringkat Bukit Aman.

"Jadi, apa yang boleh saya tegaskan memang ada kerjasama perkongsian maklumat antara Polis Selangor, MAIS dan JAIS melibatkan aktiviti (GISBH) di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas penutupan program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Hussein juga mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu terbabit.

Pada Sabtu, Sultan Sharafuddin menitahkan seluruh agensi agama Islam di Selangor bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan semua pihak terbabit kesalahan jenayah disyaki berkait GISBH serta rangkaiannya, diheret ke mahkamah dan didakwa.

Selain itu, baginda turut menitahkan semua rumah amal dan sekolah Islam bawah kawalan GISBH serta rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terbabit apa-apa kegiatan jenayah, termasuk jenayah syariah, ditutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, seramai 155 individu termasuk 77 wanita yang disyaki terlibat dengan GISBB ditahan dalam Op Global di Semenanjung Malaysia pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Kesemua individu itu ditahan dalam serbuan di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, maahad dan rumah persendirian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!