Tentera Israel lengkap bersenjata serbu pejabat Al Jazeera di Ramallah

Tentera Israel yang bersenjata lengkap dan bertopeng menyerbu biro Al Jazeera di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki dan menyampaikan perintah penutupan selama 45 hari. Foto fail AFP
Tentera Israel yang bersenjata lengkap dan bertopeng menyerbu biro Al Jazeera di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki dan menyampaikan perintah penutupan selama 45 hari. Foto fail AFP
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel yang bersenjata lengkap dan bertopeng menyerbu biro Al Jazeera di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki dan menyampaikan perintah penutupan selama 45 hari.

Tindakan itu merupakan usaha terbaharu rejim Zionis untuk menyekat liputan rangkaian berita itu.

Askar Israel menyerahkan arahan penutupan kepada Ketua Biro Rangkaian Tebing Barat, Walid al-Omari pada awal pagi Ahad. Mereka juga tidak memberikan sebarang alasan terhadap keputusan itu.

"Terdapat keputusan mahkamah untuk menutup Al Jazeera selama 45 hari," kata seorang tentera kepada Walid ketika Al Jazeera Arab menyiarkan perbualan secara langsung di televisyen.

"Saya meminta anda untuk mengambil semua kamera dan meninggalkan pejabat pada masa ini," kata askar itu dalam bahasa Arab.

Serbuan pada Ahad berlaku hanya beberapa bulan selepas kerajaan Israel melarang Al Jazeera daripada beroperasi di dalam Israel pada Mei lalu.

Perintah penutupan awal itu juga berlaku selama 45 hari, tetapi ia telah diperbaharui dan wartawan Al Jazeera masih tidak dapat melaporkan dari dalam negara. - Al Jazeera

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!