Lelaki melecur, rumah terbakar
GOMBAK - Seorang lelaki warga Indonesia melecur di tubuhnya dalam kebakaran sebuah unit pangsapuri di Bandar Baru Selayang, di sini, pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 11.32 pagi.
"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, anggota mendapati sebuah bilik di sebuah unit di tingkat tiga pangsapuri berkenaan terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, akibat kebakaran itu, seorang lelaki berusia 40-an melecur 80 peratus di bahagian badannya.
'Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!