Koronavirus: Peta digital bantu Korea Selatan dapat maklumat terkini

Laman web yang dibangunkan oleh empat penuntut universiti, seorang daripadanya menuntut di Universiti Kyunghee.
Laman web yang dibangunkan oleh empat penuntut universiti, seorang daripadanya menuntut di Universiti Kyunghee.
A
A
A

SEOUL - Peta dalam talian yang menunjukkan bagaimana koronavirus merebak di seluruh negeri kini tular di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Peta Corona (http://coronamap.site/), sebuah laman web yang dibangunkan oleh empat penuntut universiti, seorang daripadanya menuntut di Universiti Kyunghee.

Laman web itu menunjukkan angka terbaharu kes disahkan dan disyaki. Garis dan bulatan ditandakan dengan warna berlainan, menunjukkan 15 orang yang telah didiagnosis dengan virus itu dan bagaimana mereka telah mengembara ke seluruh negeri.

Mula dilancarkan pada 30 Januari selepas Korea Selatan mengesahkan enam kes jangkitan, laman web itu telah menarik hampir lapan juta pengguna Internet hanya lima hari selepas diperkenalkan, kata Lee Dong-hoon dalam temu bual radio dengan MBC.

Di samping itu, Corona Nearby (https://corona-nearby.com/) satu lagi peta yang juga semakin popular.

Lebih mesra pengguna, peta itu membolehkan orang ramai mengetahui kawasan yang terjejas dengan koronavirus.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat hospital dan pusat kesihatan yang boleh dikunjungi pesakit.

Menggunakan data kerajaan dan akademik dari Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, laman web itu turut memaparkan kes yang disyaki dan disahkan di dalam dan luar negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagi positif koronavirus di Malaysia: KKM

Sebuah hospital yang baru dibina di bandar Wuhan, China hari ini mula menerima pesakit yang dijangkiti koronavirus.

Kumpulan pertama pesakit dipindahkan ke Hospital Huoshenshan selepas pembinaan kemudahan itu siap dalam masa 10 hari.

Hospital tersebut adalah salah satu daripada dua hospital sementara yang digunakan untuk merawat pesakit dijangkiti wabak Wuhan.

"Kami melakukan segala usaha untuk menyediakan rawatan bagi pesakit, bahan perubatan dan langkah pencegahan," kata ketua hospital, Zhang Sibing.

Katanya lagi, hospital terbabit mempunyai prosedur yang ketat meliputi kemasukan, diagnosis dan rawatan pesakit.

Semua anggota perubatan yang bertugas di Hospital Huoshenshan juga telah menjalani penilaian dan kelayakan.

Selain itu, hospital berkenaan menempatkan lebih 10 pakar penyakit berjangkit, pakar pernafasan dan rawatan rapi untuk memberi panduan mengenai pengendalian kes yang kompleks.

Wuhan juga dilaporkan bersedia mengubah tiga tempat sedia ada termasuk gimnasium dan pusat pameran kepada hospital sementara untuk menerima pesakit dijangkiti koronavirus. - Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!