Pekerja kontrak maut ditikam

Lokasi di mana mayat mangsa ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan dua kesan tikaman dan tetakan.
Lokasi di mana mayat mangsa ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan dua kesan tikaman dan tetakan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kontrak ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, kira-kira jam 2 pagi Ahad.

Mangsa yang berusia 30-an mengalami kecederaan parah dilaporkan telah meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri dan tetakan di lenggan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang merupakan warganegara Myanmar dipercayai dibunuh dalam satu kes pergaduhan.

"Pergaduhan bukan bermotifkan mabuk sebab kita tak jumpa botol arak di lokasi kejadian.

"Mangsa maut dibunuh dalam sebuah rumah dengan kesan berlumuran darah di mana mayat dijumpai," katanya ketika hadir ke Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat dan Seranta peringkat Pejabat Perkeso Sungai Petani 2024 di sini pada Ahad.

Hadir sama merasmikan program, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Jelas Wan Azharudin, ketika sampai ke lokasi kira-kira jam 3 pagi mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dua bahagian terbabit dan saksi kejadian yang merupakan rakan mangsa telah menghilangkan diri.

"Suspek sedang diburu...kita ada buat saringan tetapi masih dalam siasatan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam perkembangan berlainan, jelasnya telah menerima lebih kurang 300 laporan polis membabitkan mangsa banjir, rumah rosak dan pokok tumbang akibat ribut di Daerah Kuala Muda baru-baru ini.

"Hanya satu kes lemas dilaporkan dalam tempoh banjir dan arus deras di muara sungai Pasar Bisik Selasa lalu,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!