Sanusi perjelas ketiadaan di Kedah ketika banjir

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor memberi penjelasan bahawa ketiadaan dirinya di Kedah ketika bencana banjir melanda negeri ini disebabkan urusan rasmi untuk mempelajari proses pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah Kumamoto, Jepun.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor memberi penjelasan bahawa ketiadaan dirinya di Kedah ketika bencana banjir melanda negeri ini disebabkan urusan rasmi untuk mempelajari proses pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah Kumamoto, Jepun.
A
A
A

PENDANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor memberi penjelasan bahawa ketiadaan dirinya di Kedah ketika bencana banjir melanda negeri ini disebabkan urusan rasmi untuk mempelajari proses pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah Kumamoto, Jepun.

Sanusi memaklumkan, lawatan kerja diketuai dirinya terbabit dibuat sebelum banjir melanda Kedah lagi dan melalui perancangan teliti pada April lepas.

Sanusi menegaskan, beliau pasti tidak akan ke luar negara sekiranya tahu banjir akan melanda negeri Kedah.

"Saya sampai sana (pada) hari yang kedua baru banjir. Saya buat kerja saya ALLAH SWT buat kerja-NYA. Saya mana tahu ALLAH SWT hendak bagi banjir.

"Jikalau saya tahu saya pun tidak pergi (Jepun) kan. Jikalau saya ada pun banjir tak akan surut, banjir surut dengan kehendak ALLAH SWT bukan dengan kehendak saya," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda Tanah Merah Pendang, di sini, pada Ahad.

Sebelum itu, Sanusi melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah, Pendang.

Beliau turut menegaskan, mana-mana isterinya sekalipun tidak turut serta bersama delegasi kerajaan negeri Kedah ke Jepun pada 17 September lepas.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contohnya, (ada mendakwa) saya pergi berbulan madu. Itu semua tak betul. Saya (didakwa) bawa bini muda (itu) pun tak betul.

"Mereka (Isteri-isteri) bekerja di sini (Kedah). Sebenarnya (dakwaan) itu yang hendak diperkatakan (untuk) menenggelamkan isu sebenar banjir. Kira hendak hentam Sanusi. Siapa boleh hentam Sanusi, dia seolah-olah mengeringkan banjir satu Kedah," katanya.

Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata, beliau tidak memainkan banjir sebagai isu politik seperti sesetengah pihak tertentu.

"Saya tak main politik, banjir bukan isu politik (dan) banjir ni isu alam sekitar bencana dan bagaimana kita menguruskan banjir di negara kita," katanya.

Beliau berpandangan, tiada sesiapapun meminta bencana termasuklah banjir melanda.

"Kita harap ALLAH SWT beri belas ihsan kepada kita di atas kesabaran semua dan ketabahan petugas-petugas menghadapi bencana ini.

"ALLAH SWT angkatkan bala bencana ni untuk meringankan bebanan kita. Itu doa kita. Ini tidak, sentiasa salah MB. Kalau MB ada mesti tak banjir. Seolah-olah macam itu kan," katanya.

Tegas beliau lagi, ucapan terbabit tidak tepat dan merupakan ucapan politik yang tidak membina masyarakat.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, lawatan rasmi ke Jepun terbabit adalah demi mempelajari perkara baharu berkaitan proses pengurusan operasi empangan bawah tanah.

"Pergi Jepun belajar benda yang tidak ada lagi (iaitu) empangan bawah tanah. yang kita cadang itu.

"Kita belum meneroka (air bawah tanah). Jadi apa kata kita meneroka air bawah tanah (dan) gunakan telaga, telaga tiup dan bukan empangan tetapi benda-benda sangat baguslah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!