Video tular anggota MPV polis iring kereta awam hanya rekaan

Video tular memaparkan dakwaan kereta awam diringi MPV.
Video tular memaparkan dakwaan kereta awam diringi MPV.
A
A
A

SEPANG - Polis sedang mengesan individu yang merakam video tular berkaitan dakwaan sebuah kenderaan awam diiringi kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah terkesan satu video tular berkaitan dakwaan itu di media sosial.

"Video ditularkan itu hanyalah rekaan semata-mata untuk mencari publisiti," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Wan Kamarul Azran berkata, hasil semakan mendapati MPV itu dinaiki anggota ronda dari Balai Polis Dengkil.

“Siasatan awal bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan masa sebenar kejadian itu dirakam.

“Namun, difahamkan MPV itu dalam tugasan rondaan dan lampu beacon dipasang ketika aliran trafik tidak sesak, pemilik kereta itu merakam video yang memaparkan situasi kononnya sedang diiring oleh sebuah MPV," katanya.

Wan Kamarul Azran menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan apa-apa spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!