'Pulangkan ayah dalam keadaan selamat'

Suraiya mengharapkan agar bapanya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Suraiya mengharapkan agar bapanya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
A
A
A

BALING - "Pulangkan kembali ayah dalam keadaan selamat."

Itu antara rayuan anak sulung, Suraiya Izzaty Sabari, 29, berhubung kehilangan bapanya, Sabari Baharom, 62, yang gagal dihubungi sejak 4 September lalu.

Menurut Suraiya, jika bapanya berada bersama orang lain, mereka merayu agar individu berkenaan menghantar bapanya pulang dalam keadaan baik.

"Ayah tiada musuh. Ayah tak sebut pula jika ada masalah sebab selalunya dia akan beritahu kami adik-beradik jika ada masalah kewangan dan sebagainya.

"Kami sekeluarga berharap sangat agar tiada perkara buruk berlaku terhadap ayah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang dekat sini, pada Ahad.

Suraiya menunggu kepulangan bapanya yang dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.
Suraiya menunggu kepulangan bapanya yang dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.

Suraiya berkata, pada mulanya mereka menyangka Sabari berkunjung ke rumah kawan atau saudara-mara, ataupun pergi ke negara jiran bersama rakan baik, namun semua sangkaan meleset.

Artikel Berkaitan:

Katanya, usaha pencarian telah dilakukan di laluan yang mungkin dilalui bapanya, namun gagal menemui sebarang petunjuk.

"Laporan kehilangan telah dibuat pada 12 September lalu, namun tiada perkembangan sehinggalah penemuan sebuah kereta yang hangus terbakar di kawasan Pulau Belantik, Sik yang dipercayai milik ayah.

"Kami turut mendapat maklumat mengenai pengeluaran wang dalam jumlah yang besar dalam salah satu akaun bank ayah yang disimpan untuk menunaikan ibadah haji," katanya.

Jelas Suraiya, bapanya merupakan bekas pegawai kewangan di sebuah institusi adalah seorang yang amat teliti berhubung pengeluaran wang.

Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung kehilangan Sabari yang sudah melebihi dua minggu.
Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung kehilangan Sabari yang sudah melebihi dua minggu.

"Rutin ayah selepas pencen lazimnya solat berjemaah di masjid, sarapan bersama jemaah di kedai...pergi kebun. Dia juga tidak suka bermewah, hidup biasa-biasa sahaja.

"Kami sering berhubung namun bila ayah hilang tiba-tiba...kami tiga beradik gusar," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, ahli keluarga percaya bahawa Sabari yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lalu masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.

Ia berdasarkan berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!