Premis GISBH di Ipoh tutup sejak Khamis

Tiada sebarang notis makluman penutupan ditampal di pintu-pintu premis.
Tiada sebarang notis makluman penutupan ditampal di pintu-pintu premis.
A
A
A

IPOH - Rangkaian perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Taman Rapat Bistari di sini sudah tidak beroperasi sejak Khamis lalu.

Tinjauan Sinar Harian pada Ahad mendapati, pengoperasian premis-premis tersebut antaranya kedai runcit, dobi, restoran dan pastri tidak dibuka sepertimana kebiasaan sebelum ini.

Pemeriksaan juga mendapati, tiada sebarang notis makluman penutupan ditampal di pintu-pintu premis.

Pengoperasian premis milik GISBH di Taman Rapat Bistari, Ipoh antaranya kedai runcit, dobi, restoran dan pastri tidak dibuka sepertimana kebiasaan sebelum ini.
Pengoperasian premis milik GISBH di Taman Rapat Bistari, Ipoh antaranya kedai runcit, dobi, restoran dan pastri tidak dibuka sepertimana kebiasaan sebelum ini.

Menjengah ke restoran perniagaan milik syarikat itu, didapati peralatan seperti gerai kecil, meja dan kerusi masih berada di premis berkenaan.

Penduduk yang ditemui, Zaharah Idris, 51, berkata, penutupan premis tersebut tidak dimaklumkan kepada penduduk.

"Saya datang nak beli sedikit barang keperluan di kedai runcit ini, tak tahu pula tutup. Selalu Ahad pun mereka buka," katanya.

Warga emas, Ismail Abd Rahman, 67, berkata, premis berkenaan dikesan ditutup sejak Khamis lepas tanpa sebarang makluman.

Artikel Berkaitan:

"Saya dan kawan selalu minum kat restoran sini. Tak pasti kenapa tutup, mungkin terkesan dengan isu yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!