Serah kepada pihak berkuasa tangani isu GISBH di Kedah

Muhammad Sanusi (dua dari kanan) berbual dengan mangsa banjir ditempatkan di PPS SMK Tanah Merah, di sini, pada Ahad. Foto: Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) berbual dengan mangsa banjir ditempatkan di PPS SMK Tanah Merah, di sini, pada Ahad. Foto: Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
A
A
A

PENDANG - Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan menangani isu berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ataupun organisasi berkaitan sekiranya dikesan melakukan kesalahan.

“Terserah kepada pihak berkuasa untuk tangani isu itu, kalau ada benda salah kena ambil tindakan kalau tiada kesalahan kena biar, mereka ada hak untuk hidup di sini, hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Tapi kalau ada kesalahan kena ambil tindakan, tak ada siapa yang terkecuali bukan GISBH sahaja, siapa-siapa pun yang buat salah kena tanggung,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi memaklumkan, beliau tidak mempunyai maklumat dan perkembangan tentang tindakan pihak berkuasa di negeri ini.

Sehubungan it, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!