Anak penoreh dibantu daftar UPSI

Nurul Hazwanie (kanan) bersama ibu bapanya.
Nurul Hazwanie (kanan) bersama ibu bapanya.
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah kewangan yang membelenggu seorang anak penoreh getah dari Pasir Mas, Kelantan untuk mendaftar masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan universiti berkenaan.

Menurut Zambry, pelajar tersebut iaitu Nurul Hazwanie Mohd Badeli akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS).

Zambry memaklumkan pihak UPSI sudah mengambil tindakan untuk membantu pelajar berkenaan.
Zambry memaklumkan pihak UPSI sudah mengambil tindakan untuk membantu pelajar berkenaan.

“Alhamdulillah. Sejurus mendapat maklumat, saya telah berhubung dengan pihak UPSI untuk tindakan segera. Respons daripada TNC HEPA (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), pelajar telah dihubungi.

“Telah dimaklumkan yuran tidak perlu risau, dah selesai melalui inisiatif SULUNG (Sulung Keluarga Malaysia) KPT. Pelajar akan datang daftar ke UPSI dengan bapa saudara dan dimasukkan dalam senarai. Kita bagi RM 1,000 bantuan YPS. Jika ada keperluan lain, kita akan bantu.

“Terima kasih kepada Raja Shamri dan rakyat yang sangat prihatin. Maklum kepada kami dan Insya-ALLAH kita akan bantu,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Kisah pelajar dari Kampung Tok Pelandok, Pasir Mas berkenaan sebelum itu dikongsi Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) baru-baru ini dan mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian.

Artikel Berkaitan:

Dia perlu mendaftar pada 28 September depan, namun berdepan kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran dan membeli barangan keperluan peribadi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!