PRK DUN Mahkota: Polis lulus 80 permit kempen

No Image Caption
A
A
A

KLUANG - Polis mengeluarkan 80 permit ceramah dan kempen bergerak bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat petang ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, permit itu antara lain melibatkan penggunaan pembesar suara, ziarah rumah, flash mob, siar raya bergerak dan ceramah berkelompok.

"Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan salah laku melibatkan 3R (kaum, agama dan raja)," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota pada 28 September ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!