Mahkamah benar permohonan bon jaminan terhadap tiga anak lelaki Ashaari

Mahkamah Tinggi Syariah Melaka membenarkan permohonan bon jaminan oleh JAIM terhadap tiga anak lelaki Ashaari Muhammad. Foto Bernama
Mahkamah Tinggi Syariah Melaka membenarkan permohonan bon jaminan oleh JAIM terhadap tiga anak lelaki Ashaari Muhammad. Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan bon jaminan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terhadap tiga anak lelaki pengasas gerakan Al-Arqam Ashaari Muhammad yang ditahan menerusi Op Global di negeri itu semalam.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memerintahkan ketiga-tiga mereka, yang berusia 38, 42 dan 45 tahun, masing-masing membayar bon jaminan RM1,000.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan JAIM bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu menghina agama Islam yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, 11 individu iaitu tiga lelaki dan lapan perempuan berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki masih mengamalkan ajaran Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994.

Mereka ditahan menerusi Op Global ke atas 19 premis dipercayai berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sekitar negeri ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!