Video Moorthy: Tak wajar, fitnah jahat
Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Siti Hajar Mubin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan menteri terbabit yang disifatkan tidak wajar dan satu fitnah jahat.
“Pada hari ini semua sayap Wanita bahagian di Pahang membuat laporan polis yang turut membabitkan semua 191 bahagian di seluruh negara secara serentak.
“Kita berharap dengan laporan polis yang dibuat, kerajaan PH dapat ambil tindakan tegas terhadap beliau,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita negeri, Datuk Sabariah Saidin dan lebih 100 ahli Wanita Umno Bahagian Jerantut itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!