Ramkarpal dapat undian tertinggi Pemilihan DAP Pulau Pinang

15 ahli jawatankuasa baharu yang dipilih bergambar bersama Kon Yeow dan Guan Eng.
15 ahli jawatankuasa baharu yang dipilih bergambar bersama Kon Yeow dan Guan Eng.
A
A
A

GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mendapat undian terbanyak dalam pemilihan DAP Pulau Pinang sempena Konvensyen Biasa yang berlangsung di sini, pada Ahad.

Anak kepada bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh itu mendapat sebanyak 1,247 undi dan diikuti oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang mendapat 1,237 undi.

Tempat ketiga mendapat undi tertinggi ialah bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yeoh Soon Hin yang kini Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan 1,225 undi.

Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang juga adik kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memperoleh 827 undi dan berada di tempat ke-12.

Perwakilan pada konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini mengundi 15 ahli untuk membentuk jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya akan memutuskan sesama sendiri siapa yang patut dilantik sebagai pengerusi dan memegang jawatan penting lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!