Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina

Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lepas.
A
A
A

MANILA - Agensi seismologi negara Filipina mengeluarkan amaran pada pagi Ahad mengenai kemungkinan letusan Gunung Kanlaon di tengah Filipina, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lepas, katanya.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata amaran yang dipertingkatkan kekal berkuat kuasa untuk Gunung Kanlaon, dengan ketinggian 2,465 meter.

Terletak di Negros, pulau keempat paling ramai penduduk di Filipina, Gunung Kanlaon antara 24 gunung berapi aktif seismik di negara itu.

Agensi seismik negeri menasihatkan bahawa letupan wap atau freatik secara tiba-tiba mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Letusan freatik atau letusan letupan wap, berlaku apabila magma memanaskan air bawah tanah atau air permukaan mengakibatkan letupan wap, abu, batu dan bom gunung berapi.

Orang ramai dinasihatkan bahawa kemasukan ke Zon Bahaya Kekal sepanjang empat kilometer adalah dilarang kerana bahaya letusan.

Semua jenis pesawat dilarang terbang berhampiran gunung berapi.

Artikel Berkaitan:

Jun lalu, letusan letupan berlaku di kawah puncak Kanlaon menghamburkan kepulan abu sepanjang lima kilometer ke langit. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!