Sze Fei-Nur Izzuddin 'smash' Tembok Besar China

Sze Fei-Nur Izzuddin
Sze Fei-Nur Izzuddin
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEREGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mencipta sejarah tersendiri apabila bangkit tewas set pertama untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pada Ahad.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga juara Terbuka Jepun Super 750 diletakkan sebagai pilihan ketujuh memerlukan 58 minit untuk mengakhiri cabaran wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 13-21, 21-12, 21-17.

Kejayaan beregu ranking ke-12 dunia di Kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 itu juga membolehkan mereka mengulangi pencapaian legenda adik-beradik Datuk Seri Jalani-Datuk Razif Sidek muncul pasangan beregu lelaki negara terakhir menjuarai Terbuka China pada 1989.

Sze Fei-Nur Izzuddin (kiri) beraksi dalam Terbuka China. Foto AFP
Sze Fei-Nur Izzuddin (kiri) beraksi dalam Terbuka China. Foto AFP

Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, Ji Ting-Xiang Yu pilihan kelima mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan satu lagi gandingan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-11.

Kejayaan menjuarai kejuaraan Super 1000 itu membolehkan Sze Fei-Izzuddin membawa pulang AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu pula meraih AS$70,000 (RM294,360).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!