Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah

Keadaan rumah yang dirempuh pacuan empat roda di Kampung Beruang, Tawau.
Keadaan rumah yang dirempuh pacuan empat roda di Kampung Beruang, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Empat sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Beruang, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan manakala dua lagi iaitu lelaki warga emas berusia 68 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tidak cedera.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 32 kilometer dari BBP Tawau.

"Kemalangan melibatkan pacuan empat roda jenis Isuzu Bighorn dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

"Dalam kejadian itu, pacuan empat roda telah merempuh sebuah rumah jenis kekal dan menyebabkan kerosakan pada struktur rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Rastam lagi, terdapat lima mangsa yang terlibat dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan kesemua mereka untuk diberi rawatan awal.

"Terdapat dua mangsa diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Tiga lagi mangsa termasuk pemandu Perodua Alza lelaki berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!